Untuk laporan bergambar boleh diambil melalui alamat ini : http://www.slideshare.net/AnuarJalil/laporan-bergambar1
Ahad, 29 Mac 2015
Bahan perkongsian (Papan Kenyataan)
Satu cadangan lakaran carta organisasi. Boleh diambil secara save picture as dan edit dalam word atau boleh download dalam word melalui http://www.slideshare.net/AnuarJalil/carta-46415992. Kalu ada bahan lain akan dikongsi lagi bersama. Terima kasih.
Rabu, 25 Mac 2015
I-Think
SMK Seri pinang telah mengadakan LDP bagi program Ithink dan pembelajaran abad ke 21. Banyak pendedahan telah diberikan. Moga dapat membantu dalam P dan P akan datang. Peta di bawah diambil dari laman web bagi sekolah-sekolah yang telah mengadakan slaid pembentangan. Peta tersebut di ubah suai dan berukuran 3 kaki x 2 kaki. Boleh diambil terus untuk digunakan pada bilik-bilik khas sebagai bahan sokongan maklumat.
(Rujukan : www.ithinkonline.org.my /www.slideshare.net/cikgubibi)
(Rujukan : www.ithinkonline.org.my /www.slideshare.net/cikgubibi)
Satu Catatan Sejarah
SEJARAH SEKOLAH SMK SERI PINANG
Sekolah ini telah dibuka secara rasminya pada 16 November 2002 dan mula beroperasi pada 6 Januari 2003, hari Isnin bersamaan 3 Zulkaedah 1423H dan merupakan Sekolah Menengah yang ke-13 dalam daerah Kulai dan yang ke-3 dalam Zon Tenggara selepas SMK Bandar Tenggara dan SMK Bandar Tenggara 2. SMK Seri Pinang telah dilancarkan pengoperasiannya oleh En. Md. Hasidin bin Zaini, Ketua Unit Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, pada hari pertama persekolahan sesi 2003 dan disaksikan oleh Tn. Hj Aminuddin bin Mohd. Sani, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai, Sektor Pengurusan Akademik selaku pegawai pengiring.
SMK Seri Pinang dikategorikan sebagai sebuah sekolah Gred B kerana bilangan pelajarnya belum mencapai 1000 orang pelajar. Pengurus dan pentadbiran untuk menggerakkan sekolah baru bermula pada 16 November 2002 dengan kerjasama, Pn. Anim binti Mohamed Jaib, sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Rashid bin Muhidin sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En. Mohamed Rozi bin Ali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Peringkat Awal bilangan guru seramai 32 orang, seorang kaunselor, seorang pembantu tadbir, seorang pekerja am rendah pejabat, seorang pekerja am makmal dan dua orang pekerja syarikat swasta. Mulai 1 Mac 2003, Syarikat Pembersihan Swasta telah memulakan perkhidmatan dengan pekerja seramai tujuh orang. Manakala perkhidmatan Kawalan Keselamatan bermula pada 1 April 2003.
Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah ini merupakan pelajar-pelajar yang telah dipindahkan dari SMK Bandar Tenggara sebagai sekolah induk dan mengikut lokasi tempat tinggal mereka. Pelajar-pelajar yang tinggal di Felda Sungai Sibol, Felda Penggeli Timur, Felda Inas dan sebilangan pelajar dari kawasan Taman Perumahan yang berhampiran ditempatkan di SMK Seri Pinang. Jumlah pelajar pada tahun tersebut seramai 648 orang merangkumi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3, dan 4.
Kesemua pelajar ini ditempatkan di dalam 17 buah kelas. Tingkatan 1 sebanyak 5 buah kelas, dan Tingkatan 2 hingga Tingkatan 4 masing-masing sebanyak 4 buah kelas. Nama setiap kelas diambil mengikut perkataan ‘Pinang’ itu sendiri sempena mengambil nama sekolah iaitu SMK Seri Pinang. Tingkatan 1 dikenali sebagai Pinang Anggun 1 hingga 5, Tingkatan 2 pula dinamakan sebagai Pinang Bestari 1 hingga 4, Tingkatan 3 dinamakan Pinang Cemerlang 1 hingga 4, manakala Tingkatan 4 pula dinamakan Pinang Dedikasi 1 hingga 4, dan Tingkatan 5 diberikan nama Pinang Gemilang 1 hingga 4.
Sekolah ini dibina pada tahun 2002 berdasarkan konsep “Mereka bentuk, Membina dan Menyiapkan Projek Sekolah Secara Rundingan Terus “ Design and Built” oleh MOIp Corporation Sdn Bhd. Justeru, reka bentuk bangunannya amat berbeza jika dibandingkan dengan reka bentuk sekolah-sekolah yang telah dibina terdahulu. Pada dasarnya bentuk sekolah ini berbentuk huruf lapan yang bersegi empat. Sekolah ini dibina di Jalan Tun Abdul Majid, Bandar Tenggara yang berhampiran dengan Felda Sungai Sibol.
Selasa, 24 Mac 2015
Johor Showcase
Bahan Johor Showcase 2015.
Boleh dikongsi bersama. (Sumber : http://srikukup.pontian.edu.my & www.ppdkotatinggi.edu.my )
Boleh dikongsi bersama. (Sumber : http://srikukup.pontian.edu.my & www.ppdkotatinggi.edu.my )
Sabtu, 14 Mac 2015
Aktiviti GPM Johor (BTP)
Pada 9 hingga 11 Mac yang lalu bertempat di BTP Negeri Johor telah diadakan bengkel literasi maklumat. Bengkel telah dikendalikan oleh pensyarah dari UITM Shah Alam. Bengkel mengkhusus untuk pendedahan kepada murid tentang kaedah untuk mencari maklumat yang sah dari pelbagai sumber. Di akhir program kami Berjaya menghasilkan 6 modul dan akan dibukukan oleh pihak BTP untuk digunakan di sekolah. Diharap hasil bengkel tersebut dapat digunakan dengan sebaiknya.
Kemudahan PSS
Pentas bakat telah diadakan di perpustakaan sekolah sebagai langkah membantu guru-guru mencungkil bakat murid dalam aktiviti kokurikulum melalui pertandingan yang dianjurkan di luar waktu P dan P. Penambahbaikkan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Sokongan warga SMK Seri Pinang amat diharapkan.
Logo PSS
Cadangan logo pusat sumber sekolah sebagai langkah mempromosikan pusat sumber SMK Seri Pinang sesi 2015.
Langgan:
Ulasan (Atom)


%2B.jpg)
%2B.jpg)
%2B.jpg)
%2B.jpg)
%2B.jpg)
%2B.jpg)
%2B.jpg)
%2B.jpg)













.jpg)
.jpg)
.jpg)
